Imej: Nebulan Eta Carinae
Maklumat mengenai objek: Nebula Eta Carinae merupakan sebuah nebula yang sangat menakjubkan untuk ilihat dan dirakamkan.Ia terletak dibahagian langit selatan langit dan sangat rendah jika dipandang dari bandar Kota Bharu. Nebula ini terletak dalam burju Carina dan berada sejauh 10,000 tahun cahaya. Walaupun tidak secerah nebula Orion tetapi saiznya 4 kali lebih besar. Ditengah-tengah nebula ini terdapat sebuah bintang yang sangat terkenal iaitu bintang Eta Carinae. Bintang ini merupakan bintang variable atau bintang yang berubah kecerahanya. Ia merupakan salah sebuah bintang yang paling besar jisimnya dalam alam ini iaitu lebih 100 kali ganda dan 4 juta kali ganda lebih kecerahanya dari Matahari. Kecerahan bintang Eta Carinae yang berada dalam nebula ini boleh berubah dari magnitud 8 sehingga ke magnitud -1. Pada masa ini ia berada dalam magnitud 6.
Imej nebula ini dirakamkan di Kota Bharu dengan menggunakan kamera digital SLR Canon 20Da melalui teleskop APM 4.6 inci dengan dedahan selama 10minit (guided). Buat masa ini nebula ini akan berada pada kedudukan yang tertinggi dari ufuk selatan sekitar waktu tengah malam. Jika ada kelapangan mengapa kita tidak mencuba melihatnya malam ini?
WAALLAHUA3LAM
SUMBER : PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment