tingat lagu damba kaseh saat menaip post kali neh..huhu
semakin jauh kudariMU semakin dkt pula kau menghampiri daku..semakin cuba kudekatiMU semakin kuat pula kau mendugai ak...kerdilnya diriku dhadapan MU...huhu...
byk yg ingin dluahkan,tp xterluah...perasaan bercampur baur...mengapa perlu beginiiii...???
10 December 2009
::mengapa perlu berperasaan begini...huhu::
Posted by ..aYaM gOrENg.. at 1:18 AM 0 comments Links to this post
18 November 2009
::iTuLaH KeMaTiAn..::
PASTI ADA ERTI-ERTI YANG ADA DALAM KEFAHAMAN SENDIRI.ERTI YANG MACAM ITU,INI,BEGITU DAN BEGINI.
MEMANG MESTI ADA ERTINYA,SIAP DENGAN MEMBERI "FALSAFAH" LAGI.
SENANG JER NAK TAHU ERTI KEHIDUPAN.KITA CUMA PERLU KHAYALKAN SAAT-SAAT KITA MENJADI MAYAT.MUDAH JER...
KITA TIDAK BERNAFAS LAGI.JASAD KITA KAKU APABILA NYAWA TELAH DICABUT DARI JASAD.
MALAIKAT YANG MENCABUT NYAWA IALAH IZRAIL.
DIA PASTI AKAN DATANG PADA KITA.
MAKA,TAK USAH BIMBANG DENGAN KEHADIRANYA.
RASA TAKUT TU MESTILAH ADA.
SEMUA TAKUT TERMASUK AKU.
APABILA NYAWA KITA DAH DICABUT DARI JASAD.
KITA AKAN DISAHKAN MATI.APABILA KITA BETUL-BETUL DAH SAH MATI.AKAN ADA URUSAN PERSURATAN UNTUK BUAT SIJIL AKUAN MATI.ITU KERJA POLIS DAN JPN. CARA MATI KITA MUNGKIN BERBEZA-BEZA,ITU ADALAH DIATAS KEKUASAAN YANG ESA.KITA TAK TAHU YANG KITA AKAN MATI MACAM MANA.APA YANG PASTI,SEBAGAI ORANG ISLAM,SUDAH PASTI KITA AKAN SELALU BERIMPIAN UNTUK MATI DALAM ISLAM. APABILA KITA NAK MATI DALAM KEADAAN ISLAM.KITA PERLULAH INGATKAN ALLAH.UIH!!BUKAN SENANG.KITA SELALU ALPA DAN LALAI DENGAN KESERONOKAN DUNIA.
AKU BAGAI TAK TAHU NAK TAIP MACAM MANA LAGI.SEBENARNYA,ADA KEHIDUPAN DIALAM KEMATIAN.KEHIDUPAN DIALAM KEMATIAN ADALAH SATU KEHIDUPAN YANG TIADA LAGI KEMATIAN.KITA AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA.
APABILA KITA SUDAH MATI MAKA PASTI KITA AKAN INGATKAN MASA HIDUP JADI PADA MASA KITA TENGAH HIDUP NI,PERLULAH KITA INGATKAN MATI. PEKARA YANG AKAN DITANYA SEMASA DI ALAM KEMATIAN,ADA PETUGASNYA IATU MALAIKAT MUKAR DAN NAKIR.SOALAN PERTAMANYA IALAH "MAROBBUKAA!!"(SIAPA TUHAN KAMU). AKU RASA TAKUT JER!KAMU BAYANGKAN LA.NTAH BAGAIMANA DIALAM KEMATIAN TU.APA YANG KITA TAHU DAN FAHAM.
JASAD KITA DITANAM DAN SELEPAS 7 HARI PERUT KITA AKAN PECAH KERANA ULAT DARI DALAM,DITAMBAHI LAGI DENGAN CACING-CACING YANG ADA DIKAWASAN PERKUBURAN. KEMANAKAH ROH KITA?PASTI KITA DITEMPATKAN DI ALAM BARZAKH.BAGAIMANAKAH KEADAAN DIALAM BARZAKH?(BUTA ILMUNYA AKU NI.TAK APA,AKU AKAN BELAJAR LAGI TENTANG MATI) BILA KITA MATI,KITA AKAN MENINGGALKAN SESUATU PADA KEHIDUPAN INI.ANAK-ANAK,HARTA DAN AMALAN KITA SEMASA HIDUP.
APAKAH PENTING DENGAN 3 PEKARA ITU?(TAK PANDAI AKU NAK MENJAWABNYA) SAKITNYA MATI.
MATI ITU DINAMAKAN SAKRATUL MAUT.SAKIT...MEMANG SAKIT.DARI KAKI HINGGA PADA UBUN-UBUN.ADA MALAIKAT TARIK DENGAN KASAR DAN ADA MALAIKAT TARIK DENGAN LEMBUT. MATI ITU ADA KEISTIMEWAANYA PULA.KITA KENA FAHAM.ADA BANYAK AYAT YANG MENYATAKAN TENTANG ORANG YANG MATI DIJALAN ALLAH.NIKMATNYA PASTI MENYERONOKAN DAN SANGGUP SEKALI PADA ORANG-ORANG YANG NAK MATI KE JALAN ALLAH ITU MENEMPUH DUGAANNYA. KITA TAK PERLU BIMBANG BILA BERCAKAP TENTANG MATI.APABILA KITA BERCAKAP TENTANG MATI.AKAN HILANGLAH KESERONOKAN.
JADI,JADIKANLAH UNTUK MENGINGATI MATI ITU SEBAGAI PEKARA YANG SELALU ADA DALAM HATI WALAUPUN DAH BERTAHUN TAK KENAKAN DAHI PADA SEJADAH. JIKA ADA MASA,TENGOKLAH ORANG-ORANG YANG MATI.LAWATILAH ORANG YANG MATI ITU.GAMBARKAN ORANG YANG SEDANG MATI ITU ADALAH KITA.
OK LA ITU SAHAJA TENTANG FALSAFAH KEMATIAN...
TAPI INGAT!!!..
TOLONG JANGAN MATI SEBELUM MATI.
"setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati.."
WAALLAHUA3LAM
Posted by ..aYaM gOrENg.. at 4:38 AM 0 comments Links to this post
17 November 2009
::HAKIKAT SEBUAH PERJUANGAN::
SUNGGUH..hakikat perjuangan bukanlah begitu..byk pahit dari manis..
perjuangan menuju syurga ALLAH mmg byk mehnahnya..
andai sx tersungkur,terasa berat utk bangkit kembali..
sedih,pilu bercampur baur..
tp hakikatnya bukanlah ALLAH sengaja mentakdirkan begitu..
ujian ALLAH datang kerana kasihNYA pd hamba..tidak ALLAH bebankan sesuatu buat hambaNYA melainkan dgn kemampuan yg ada pd hambaNYA..
menyingkap kembali sirah perjuangan Rasulullah,baginda tidak jemu2 menyebarkan dakwah biarpon byk rintangan yg perlu baginda tempuhi..
lihat sajalah ketika itu baginda tetap tersenyum dan menyemarakkan lagi uasah dakwah baginda..
tp kita hari ini??
tersungkur lemah d hujung sana dan berputus asa dgn mudahnya..
inikah syabab yg diharapkan dpt mendokong agama kelak??
tentu sx tidak..
perjuangan Islam memerlukan insan2 yg tabah dan rela berkorban seadanya..
"perjuangan Islam benar2 menuntut pengorbanan..
jika Islam perlukan tenaga, sama2lah kita berikan..
jika Islam menghendaki darah, sama2lah kita korbankan.."
waALLAHua3lam
Posted by ..aYaM gOrENg.. at 9:05 AM 0 comments Links to this post
12 November 2009
alkisah..pd suatu pg d sebuah class..
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
moral of da story-->> seorang guru yg baik akn sabar melayan kerenah anak2 didiknya...=p
Posted by ..aYaM gOrENg.. at 12:19 AM 2 comments Links to this post
07 November 2009
::suggesting a name 4 a nunu::
ceh2...
ttba ak rasa mcm ak ne ibu penyayang plak..hak3..nk bg nm kt anak 1st la katakan..
huhu..
anakmu anakku jua..
hoho..
sebaris nm yg terlintas d kpla time tuuh,
AMNA..
hoho..ak pon xtaw np ak bole tpkiaq nm neh..
tp mcm kiut n solehah je nm 2..2 yg bekenan..
hik3..
budak inas ne mmg byk songeh..mola2 ak suggest nm yg lbey dr 4 huruf,beliau kata pjg??huh..pnat eden pkiaq..beliau nk nm yg pendek cam beliau je dsbbkn nm zauj beliau pjg..
hoho..
bkn ap..nnt cian kt nunu 2 bl da skola..org len da abes tulih nm,tp dy baru nk tulih nm baba dy..hahak..dr segi ms da rugi hampir 2 menet..
dlm ms 2 menet 2 gak da bole wat rgka insyak..
hahah..
kn ke rugi tuuh..
hoho..
so bg nm yg pendek jela..
xla ssh nk pgl..
huuu...
n bg nm yg baik2 mknanya..
mudah2an beliau membesar menjadi sebaik nmanya nnt..
p/s--> xsabo nk tgu baby 2 bln 1 neh..mama inas..hak3
Posted by ..aYaM gOrENg.. at 11:24 PM 0 comments Links to this post
27 October 2009
::SELAMAT MENUJU MEDAN PERANG!!::
Tarikh dan Masa Cetak: 27/10/2009 9:38PM
Posted by ..aYaM gOrENg.. at 10:35 PM 0 comments Links to this post
::KePAnASan DOniA::
Kepanasan dunia..
Sekadar renungan utk hidup kita sehari tanpa air-conditioner today.
Salam
Sekadar berkongsi buat peringatan bersama, insyaallah.
Sesungguhnya kita tak akan mampu menanggung siksaan api neraka.
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope
Matahari dari dekat (5,000 KM)
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
Posted by ..aYaM gOrENg.. at 10:15 PM 0 comments Links to this post





