BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 September 2009

::qaYe bersama teman2 n tunang ecah..::




salam'alaik..salam mahabbah..salam ukhuwah fillah..
hmm..entry kali ne pon sekadar ingin berkongsi pic2 ms kt kg aritu..beraya ngn kengkawan n plg bermakna majlis pertunangan shbt bek ak merangkap kwn senakai kt maahad dolu..huhu
pejam celik da nk jd zaujah org da pon kwn senakai ak 2..da xbole nakai2 lg..hlg keayuan nnt..wakaka..ayat ak xbole blah la..poyo..haha
okla..moganya walimah nnt berjalan ngn lancar ya shbt..doaku sentiasa bersamamuuu..




kuey raya buatan mas..sedapnya xterkata..hoho



2 2 org hepy sbb dpt daging dlm bihun 2..hehe



azim shahmi d pangkuan hanem..



tambah lg kak..jgn malu2..haha



siapakah insan poyo ini....haha



caaak..ngn mimi



menunggu juadah yg blom smp..huahua



waaa..licin pinggan tok guru ak neh haha



thiah n mas menikmati bihun sup yg lazat..



bihun sup cekgu ct yg sodaap...



ahaa..sape lak pasnih?..wakaka



thiah ngah wat demo cemana bakal mak mentua sarungkan cincin..haha



sahabatku bakal bergelar zaujah p.cikku..ahakz



hantaran pihak pompuan..



memory yg xkan luput dr ingatan..



meneliti kecanggihan cam msg2..tp cam thiah ttp plg hebat..haha



inilah yg tinggal..saki baki kuey yg xbp nk sdp..hoho



ust khairuzi..baba plg besss!!



hanem cuba menghayati watak org buta huhu



jom p kedah!!haaha



aksi koya 4 shbt..kuakua



umah mama rokiah..baru smp neh hehe




nk raya ngn atiah,syat n wan jgk..huhu..wat shbt2 kt meser yg xbalik thn ne,thn dpn kita konvoi ek..mas izah kamu plak xbalik thn dpn..huhu..jgn sdey yaa..haha
n ustazah muthiah,pastikan al azhar siap segera..hehe
ok la..mf byk2 andai terkasar bhsa n terguriskan aty sapa2..sempena bln mulia ini marilah kita bermaaf-maafan..ceeewaah...
hehe maaf zahir batin sume..
ilalliqa'..
wassalam

27 September 2009

::syOknyee qayaa..::

salam eid mubarak sume..kullu am wentum bikhair...en3 kali ne ak nk kongsi pic2 ms qaya arituu..hehe..xdnafikan..lebaran kali ne meriah sgt..kt umah ak la..huhu..mgkin sbb bakal menyambut ahli baru?..heheh..wat eva la..jom nengok..


ayahanda dan bonda tercenta..



kaklong ngh pujuk haris nengok cam..



ini diaa rupa haris bl sonyum..hehe



abg man ngn kak ani kalut nk balik 2..



si kembar..mujahid n iqbal..



senyum.....



waaa..kakchik yg excited..hehe




adik mujahid majuk sbb xdpt kuey..huhu



caaak..!!




abgku yg poyo..hoho







sekian saja..pic2 ngn kwn2 bakal menyusul kemudian ya..hehe..wassalam


15 September 2009

::salam lebaran::

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

14 September 2009

::KAD KAWEN::

salam'alaik..smlm berkesempatan smbg ngn abg nik..byk yg dsembangkan..huhu..tp bnda ni yg mnjadi tajuk utama..design kad kawen..hoho..walimahnye da nk dekat so kakak n abg iparku ini sebok menguruskan ari yg bakal mnjd sejarah dlm idop mereka itu..huhu..antara yg d sebokkan bnda ni lah..katanya design ne memain je..xtawla yg btol2nye cmne..jom tgok..


plan umah pengantin pompuan


ok shbt2 sekalian jmputla ke umah beta 3 oktober 09 nnt..kehadiran antum amatlah d alu2kan bg memeriahkan majlis..moga walimah 2 nnt akan berlangsung dgn jayanya..


insyALLAH..

12 September 2009

::akU caRi tp xjuMpa::

ak cari tp xjmp..dimanakah dia..mgkin bkn milikku..dan dia bakal berlalu pergi..pergi yg ak sendiri blom pasti adakah bakal bersua lg nnt..perginya yg bakal diratapi seluruh umat Islam..dan dlm masa yg sama hati girang menanti syawal yg bakal membuka tirainya xlama lg..
Tgl lg smggu nk posa..dan ak masih blom temuinya..ingin terus mencari dan mencari..tp masih adakah waktu??

07 September 2009

::ape tuuuu::

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


entry kali ini sekadar suka2 semata2..huhu..tiada paksaan oleh mana2 pihak..hahaha..gmbr di atas adalah sekadar hiasan semata2..hihi
ok..papaiiiiii

06 September 2009

::aDuHaiii::





mamaku..


saat terbangun dari tidur pg td, ak d kejutkan dgn seribu satu pertanyaan melalui sms dan ym..rata2 shbtku yg berada d dlm dan luar negara bertanyakan kesahihan berita yg amat mengejutkan ak sndri khasnya..
berita kepulangan mama Basyiroh (guruku ketika d maahad) ke rahmatullah..!!
ne beberapa kerat msg yg ak dpt..

mas'ud bertudung hijau..hehe

BUZZ!!

"
naim..btoi ka ustazah basyiroh da meninggal??."_ aini cairo
"salam..ustazah basyiroh telah kembali ke rahmatullah ptg kemaren dan tlh d kebumikan d yan.." _fath uia


ak d hambat seribu persoalan..tika itu juga layar kenangan bersama mama muncul d kotak fikirku..
ak dan shbt2 lbih senang memanggil beliau mama..memandangkan hubungan kami sgt akrab dgn beliau..

mama yg kukenali, begitu penyayang..begitu bersemangat saat memulakan pengajaran..sgguh dedikasi saat melaksanakan tugasnya..beliau bagai ibuku sndri..nasihat dan pesanannya xpnah kulupa..
mn mgkin ak melupai insan yg amat sabar melayan kerenah kami semua anak2 didiknya..
dan tika ini ak sgt merinduinya..
sungguh ak rindu..!!


titisan jernih mula gugur setitis demi setitis..sebak dan sayu..
tp hati kecilku terus-terusan menidakkan khabar itu..hatiku terus berdegup kencang..
sekencang dan selajunya air mataku kala itu..!!


kesahihan harus ku dapatkan secepat mungkin agar gundah d hati ini terbang pergi..


pantas tgnku menghubungi shbtku mas'ud cun (izzah zahidah) dan miss cun (nadiah)..

sabar menunggu di kala nombor yg di dail lmbat plak d jwb..huhu..ak terus menangis..
penuh sendu..huaa...
sperti yg d jangka mas'ud dan miss cun juga tidak mengetahui apa2 mengenai berita itu..

dan kaku serta terkejut seketika mereka saat ak menyampaikan khabar yg masih tiada kesahihan itu..
lantaran suaraku yg teresak2 menangis barangkali..huhu..


mas'ud dan miss cun yg kaget dgn khabar itu berjanji mendapatkan kesahihan secepat mgkin..seketika kemudian,maka terjawablah segala persoalan..

sesungguhnya yg telah tiada itu BUKAN lah mama basyiroh tetapi ayahandanya..
adooi..
sapala yg dpt ceta ni..
silap info rupanya..da 2 siap tersebaq kt mesir plak 2..
aduuuh...
ni kalo mama taw neh,mesti mama terkejut gak..huhu..
dan mama masih sihat sejahtera..alhamdulillah..bole p raya umah mama lg taun ne..
hee (mama ska bg duit raya..2 yg besshh..hee)
moga mama dkurniakan nikmat kesihatnan yg baik stiap hari..

aamiin

okla..pape pon jom kita sama2 sedekahkan Alfatihah buat tokwan Ahmad..moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH Taala..dan ditempatkan dikalangan hamba2NYA yg beriman dan beramal soleh..
insyALLAH




كل نفس ذآئقة الموت
"setiap yg hidup pasti akan merasai mati.."


AL FATIHAH




05 September 2009

::MENYINGKAP SEJARAH PENURUNAN ALQURAN::

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran, melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud:

Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”

FirmanNya dalam ayat pertama surah al-Qadar :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.

Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).


‘Nuzul’ merupakan perkataan Arab yang memberi makna turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.


Menilai ketiga ayat di atas tiada sebarang pertentangan antara ke tiga ayat di atas . Al-Syeikh Ab Rahman al-Sa’adiy menjelaskan dalam tafsir Taysir al-Karim al-Rahman, ‘malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalamNya buat pemimpin umat sejagat nabi Muhammad yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri

Menurut al-Syeikh Manna’ Qattan dalam Mabahith Fi Ulum al-Quran ke tiga ayat ini secara dasarnya menunjukkan penurunan berlaku pada bulan ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.


Walaupun umat Islam di Malaysia secara tradisinya menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M. Ini disebabkan pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berpandu pada ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal adalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran.

Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu,maksudnya :

"…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…"


Menurut sebuah riwayat yang dikemukakan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya dari Ibn Abbas , ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).

" Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…".


Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas.


Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan ini disokong oleh majoriti para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus ke "Baitul Izzah" di langit kedunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Menurut satu riwayat dari al-Hakim, al-Baihaqiy dan al-nasaei dari Ibn Abbas, beliau menjelaskan dari RasululLah saw bersabda :

Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun


Al Quran pula telah diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah . Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenai sebagai Makkiyah sedangkan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah . Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adaah bagi memenuhi objektif-objektif berikut :

v Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.
Di antara ayat - ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)
Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.

v Memudahkan penghafalan. Orang - orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32 maksudnya :

"……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?"

Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:

"….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".

Di antara ayat - ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau Al Quran diturunkan sekaligus. Penurunan al-Quran ini pula berlaku dalam berbagai bentuk.

Menurut Safiyurrahman al-Mubarakfuriyy dalam al-Rahiq al-makhtum , Nabi Muhammad s.a.w. telah diwahyukan mengikut pendekatan-pendekatan berikut :

· Menerusi mimpi yang benar ( al-Rukya al-Sadiqah )
Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda mengatakan:

"Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga dia menyempurnakan rezkinya yang telah ditetapkan oleh ALlah".

· Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya dan peristiwa seperti ini sering disaksikan oleh para sahabat.

· Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit:

" Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".

· Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang sebenar sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 :

"Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".


Malaikat mewahyukan kepada Nabi dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat baginda saw juga pernah berbicara secara langsung dengan Allah dan menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi Musa.Perkara ini merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak.

Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:

Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, bukannya ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :


Peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya.

"Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (17 : 88)


Peringkat kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:

“Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah" (11 : 13-14)


Peringkat ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya:

"Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38)

Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:

"Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…" (2 : 23 )


Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.

Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara , sosial , pendidikan , pengadilan , akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi.


WAALLAHUA'LAM


Sumber :zahazanmohamed.blogspot.com/

04 September 2009

::SEJARAH AYAT KURSI ::

Ayat ini diturunkan setelah hijrah.

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,

setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan

terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya...
insyAllah



so jom kita pakat2 baca slalu..moga diri kita terhindar dari godaan syaitan dan segala macam muslihat serta tipu daya manusia..wal'iyazubillah..


WAALLAHUA'LAM


da seeker of mardhatillah,
naimah musa

01 September 2009

::SEJENAK::


Bila ingatkan mati, kita slalu tertanya2 apa jwpn kpd soalan: apa sebenanrnya yg kita cari dlm hidup ne?DAN apa plak ertinya menjadi seorang MUSLIM??
persoalannya sekarang, temuikah jawapan yg kita cari 2??..dan kalo ditemui, apakah jawapannya??

kebanyakan org menganut agama Islam kerana hobi @ dilahirkan oleh ibu bapa Muslim..
pd hakikatnya mereka xmengerti erti sebenar menjadi seorang Muslim..
mereka tidak lebih dari menjadi pak turut dlm beragama..
tanpa mengetahui hukum dan alasan..

mengikut dgn membuta tuli hingga akhirnya muncul ajaran2 sesat, rasul palsu dan sebagainya..
jika ini hakikatnya, tiada sebab utk ALLAH tidak menurunkan bala di bumi ini..

H1N1 khasnya..masih ramai yg tidak mengambil iktibar dari kemurkaan ALLAH ini..masih ramai yg tidak mengikut ajaran yg sebenarnya..dan terus-terusan melakukan kerosakan dimuka bumi ini..


sungguh, penggabungan diri ke dlm Islam bukanlah sesuatu yg diwarisi dan bukan jua kerana hobi..menjadi seorang Muslim bererti menggabungkan diri ke dlm Islam, beriltizam dgn Islam dan menyesuaikan diri dgn Islam dalam semua aspek hidup..

lg pulak, masa makin singkat, mati makin dekat..so, jadilah full time Muslim..coz there's no such things as part time Muslim..ambillah sejenak masa di bln Ramadhan ini utk cari jawapan, "Apa sbnrnya yg kita cari dalam hidup ni..?"


WAALLAHUA'LAM


hidup matiku krnMU,
NAIMAH MUSA