BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

26 May 2009

..BAhAgIaKAh??..


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :



1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.



2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.



3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.



4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.



5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.



6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)



7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.



8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..



9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.



Kesimpulannya, Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.


Buat renungan para da'ie - USTAZ SAID HAWWA berkata:

Jauhilah 3 sifat yg boleh menjadikan kita tersungkur di atas jalan dakwah iaitu

PEMALAS, PENAKUT & KEDEKUT.



Wallahualam"

24 May 2009

..RiNdU BeRtAnDaNg LaGi..

"ربنا اغفرلنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا "
"ya ALLAH ya TUHAN kami..
ampunkanlah dosa2 kami,dosa kedua2 ibu bapa kami dan kasihilah mereka sepertimana mereka kasihi kami sejak kecil.."
AAMIIN
di kejauhan jarak yg memisah,
seringkali aku merindukan suasana riang penuh kehijauan desa halaman..
kicauan burung di pagi hari begitu indah andai dinikmati bersama selaut rasa syukur atas kebernafasan kita di muka bumiNYA ini..
sawah2 yg terbentang luas bagai menunggu kepulanganku..
lambaian pohon2 hijau bagai menggamit diriku kala ini..
sungguh aku rindukan desa halaman yg tercinta..
dan semestinya aku terlalu merindui ummi dan walid..
yg tidak pernah walau sedetik melupakan diriku tiap masa dan ketika..
senda gurau walid terpahat teguh diingatan..
pelukan erat ummi masih terasa hangatnya..
ya ALLAH..
kucupan itu..
ciuman itu..
senyuman itu..
menambahkan kerinduan ini..
andai aku punya sayap..
ingin saja aku terbang pulang kala ini juga..
memeluk erat penuh kasih..
dua insan itu..!!
"AKU SAYANG UMMI DAN WALID!!
YA ALLAH..
RAHMATI MEREKA MENITI USIA..
ANDAI TELAH HABIS WAKTUKU DENGAN MEREKA..
BIARKAN AKU TERUS BERBAKTI..
MENJADI ANAK YG SOLEH..
YG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MEREKA..
WALAU DI MANA PUN AKU..
HINGGA SAMPAI KE SYURGA NANTI.."
INSYAALLAH
AAMIIN

23 May 2009

tHaNx iRa...!!

kek ne sedaaaap....hehe








"Hepi bzday 2 uuuu.."

terngiang2 lg kt telinga ne suara ira yg menyumbangkan lagu bzday kt ak..
huhu
makaseh2..
syukran ira utk sume ne..
selamanya terpahat diingatan..
saat ne mmg indah..
xdpt diungkapkan dgn kata2..
mmg terharu sgt..
only ALLAH knows maa fii qalbi..
walopon jus 2 masam,tp bg ak ttp manes..sbb ang
ssh pyh celebrate..huhu
hanya ALLAH dpt membalas..
sx lg terimassss...!!
luv u fillah..
abadan abada..
insyaALLAH

"carilah sahabat yg bilamana memandang wajahnya teringat kita akan ALLAH, apabila mendengar perbualannya iman kita akan bertambah, apabila mendampinginya hati akan menjadi tenang..itulah di antaranya terdapat tanda seorang sahabat yg sejati.."

insyaALLAH

Moga kita sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA..

AAMIIN

22 May 2009

HPA oh HPA..


















Mlm rabu lalu ak bersama teman2 sempat meluangkan masa menghadiri class mingguan HPA..
Hmm..semangat HPA da menerobos masok ke dlm jiwa shbt2ku..

terutama huda,mc'd n shoe..heheh

shoe baru 2 3 ary lpas jd ahli..

huda ngn mc'd lak xterjd lg..hehe

dua2 malu nk copy ic huhu..

hanya mereka yg mengetahui sabab musababnya..

hehehe..

dan...
mlm 2 merupakan titik tolak kesungguhan kami berjuang bersama HPA..

dan lagi..

kami telah berjaya memujuk pakcik mad(pegawai keselamatan USIM)

utk menggunakan produk HPA..

Bkn mudah kami nk pujuk pakcik mad ne huhu..

mula2 2 givup gak..

tp pepatah arab mengatakan "man jadda wajada"..

hehe..

stlh hmpir 3 jam meyakinkan beliau..

maka..

jeng3...

pakcik mad pon setuju nk beli barang HPA hehe..

(mgkin kesian tgok kami dok pulon pujuk)huhU

antara barang pilihan pakcik mad:

  • KOPI RADIX(mai secawan)=p
  • KISMIS MINDA

  • BEDAK TOMPOK HITAM

hmm..

alhamdulillah..
berjaya akhirnya..hee

berbalik pd class 2..

pd mlm 2 jgk,kami dpt byk maklumat berkaitan dunia herba neh..
antaranya:

STOMA K -->> Berupaya mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak.


Bg yg mengalami masalah berat badan n obes, cuba la stoma k ne..

insyaALLAH..
Akan kembali langsing..huhu
blom cuba blom taw..hehe..

"maka bertawakkallah kpd ALLAH..Sesungguhnya ALLAH menyukai org2 yg bertawakkal.."

WAALLAHUA'LAM










P/S--Jom tgok dak2 neh pomot..=p

20 May 2009

SaAT SEpErTiGa mALAm mEnYaPa..

Bukan mudah Ya ALLAH…

Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan

Keindahan dunia ini menganggu ku

Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku

Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU
Aku runsing Ya ALLAH

Aku berlari ke sana dan ke sini

Aku mencari dan terus mencari

Dimanakah ku tagih cinta Ilahi

Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri
Sedang aku tidak diuji

Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali

Andai bisa aku berbicara denganMU

Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku

Sungguh aku bukan bercakap kosong

Inilah keluhan hatiku

Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….

Ampuni aku Ya ALLAH

Aku lemah lagi tak bermaya

Melawan sesuatu yang digelar fana dunia

Aku tak mampu Ya ALLAH,

Belenggu ini menghimpit ku…

Belenggu ini menghiburkan hatiku

Sehingga aku senang denganya

Sehingga aku takut kehilanganya

Sedang cintaMU itu sangat luar biasa…

Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…



Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU

Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU

Lalu ke manakah langkahku

Selayaknya dimanakah tempatku

Atas redhaMU ya Rabbi..

aku hanya menuruti

Andai aku diseksa, kan aku patuhi

Asalkan Kau meredhai hidupku ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku

Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku,

tak kira apa keadaan imanku

Sesungguhnya Ya ALLAH,

cinta ku hanya milikMU…

19 May 2009

..HadIAH yg XdIdUgA..
















tanggal 9 mei lalu, maka genaplah 20 thn ak hidop d muka bumi ALLAH..
SUBHANALLAH..
rasa cam sat ja..
da 2o thn pon..huhu..
selama ak hidop ne,ak rs hadiah yg ak dpt thn ne plg unik..
seutas tasbih hijau..
amat bermakna buatku..
dr seorang sahabat yg pastinya akan ak hargai hingga ke syurga kelak..
insyaALLAH..

SEUTAS TASBIH..
yg mengingatkan diri ak yg sentiasa alpa dan leka ini..
"Sesungguhnya dgn mengingati ALLAH hatikn menjadi tenang.."
xperlu mencari selain ALLAH..
Cukup hanya DIA di hati..
"Sekiranya kamu mengingati ALLAH, nescaya DIA mengingatimu.."
insyaALLAH..
"KITA SEMUA YAKIN DGN DATANGNYA MAUT NAMUN KITA XMEMPERSIAPKAN DIRI..
KITA SEMUA YAKIN AKAN SYURGA NAMUN KITA XBERAMAL UNTUKNYA..
DAN KITA SEMUA YAKIN AKAN ADANYA NERAKA NAMUN KITA XBERASA TAKUT KEPADANYA..
MAKA ATAS DASAR APA KITA BERSUKARIA??
"_HAMID AL-QUSHAIRI_
terkedu sebentar merenung makna disebalik kata2 ne..
cukupkah amalanku yaALLAH??
Layakkah ak menggapai redo dan syurgaMU yg didamba stiap insan??

nEw rElEasEd PrOdUcT...HPA(n_n)











Produk baru di PASARAN


"Ais Cream Toyyibah dengan 4 perasa "Kopi Radix" "Koko Radix" "Jagung" "Vanila".
gambar bawah adalah packaging baru KOPI RADIX, TEH MANJAKANI, RADIX KOKO dan RADIX DIET..packaging baru Minuman Herba, Rosele, Tropika, Herba Jawi
jom..dptkn produK HPA..!!
Jgn terlambat..=p

15 May 2009

shoT SeM...???

hmm..da dkt 2 mggu abes exam..
alhamdulillah..
berjaya jgk berjihad d medan exam..
huhu..
ngah tggu result plakny skg neh..
moga ALLAH berikn y terbaik setimpal dgn ap yg ak usahakn..
amiiiin...
dan spnjg 2 mggu ne jgk bermulanya shot sem..
n......
LSP..
Language Support Program..
huhuhu..
bosan btol...
1 subjek terpksa ak amek utk shot sem neh..
AKIDAH ISLAMIAH

amat boring...
class 2x ja seminggu..
slbeyny dok umah ja..
amat2 la boring...

01 May 2009

A PapER 2 Go....1 more!!! cAyOk....!!!


4 mei..huhuhu..lg 1 paper lg nk kna berjuang..hohoho..makin lama makin malas plakny..
sadis2...ap nk jd la ngn diri ne..huhu..sejarah islam pon dh membuktikan umat islam sndri mundur sbb kemalasan yg nyata!!
utk renungan diri NAIMAH MUSA: ijtahid wala taksal fannadaamah 'uqbaa liman yatakasal...!!
so wahai naem.....ijtahid2..!!!

ukhUwAh fIlLaH..




Seringkali kita terfikir dan kadangkala kita terlupa bilakah kita mula berkenal dengan sahabat kita, di manakah mulanya ukhuwah itu terjalin, dan macam-macam lagi persoalan asas mengenai bagaimana sesuatu perhubungan itu mula tercetus.
Artikel kali ini di tulis sebagai panduan untuk ikhwah wa akhwat, supaya mula mencari di mana titik mulanya sesuatu persahabatan atau ukhuwah itu terjalin. Ini kerana kebiasaannya kita tidak pernah menghargai sesuatu yang kita miliki itu sehinggalah kita sedar betapa susahnya kita mendapatkannya. Sesuatu yang saya maksudkan di sini ialah ukhuwah islamiyyah.
Bagaimanakah ukhuwah itu boleh terjalin? Ada beberapa sebab bagaimana ia bermula. Pertamanya adalah dengan mengucapkan salam dan memberikan senyuman. Melalui beberapa pengalaman saya, salam dan senyuman memang memainkan peranan penting dalam memulakan sesuatu perhubungan. Kadangkala apabila berkunjung ke masjid kerapkali kita lihat beberapa jemaah yang memang kita kenali wajahnya, pakaiannya, malahan kopiah yang di pakainya juga lekat di dalam fikiran kita. Tetapi bila di tanya lanjut namanya kita mula buntu. Seringkali juga kita mengelaskan seseorang jemaah di masjid itu berdasarkan warna bajunya, kopiahnya dan lain-lain lagi. Jadi, ikhwah wa akhwat, mulakanlah perhubungan dengan salam dan senyuman. Biarpun kita jarang-jarang senyum, mahu atau tidak kita kerapkali tunduk atau kalah dengan senyuman atau salam orang lain.
Sabda Rasulullah SAW,
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan, jalinlah hubungan kekerabatan, dan kerjakanlah sholat di waktu malam ketika orang-orang sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan damai”
* Hadith shohih di riwayatkan oleh Imam Ahmad (23272), Tirmidzi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Darimi (1460) dari Abdulloh bin Salam. Lihat Al-Misykat (1907)
Bagi umat Islam, kita tidak payah menggantikan ucapan salam kita dengan pelbagai bentuk salam mengikut waktu yang berbeza-beza. Ahlan, kaifa ashbahta, ahlan wa sahlan, atau shobahu’l khoir adalah contoh bentuk salam yang kerapkali di gunakan. Memadailah dengan ucapan “Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh” (Semoga kedamaian, rahmat Allah dan barkahnya tercurah atas kalian).
Ikhwah wa akhwat yang di rahmati Allah.
Senyuman juga adalah satu pelengkap kepada salam yang di ucapkan. Salam yang di iringi dengan senyuman bakal mempamerkan keikhlasan si pemberi salam.
Sabda Rasulullah SAW,
“Senyum yang engkau berikan kepada saudaramu adalah sedekah”
* Hadith shohih di riwayatkan oleh Tirmidzi (1956), dan Ibnu Hibban (529) dari sahabat Abu Dzar. Lihat Al-Misykat (1911)
Selain daripada itu, ukhuwah juga boleh terjalin dengan mendoakan saudara kita dari kejauhan tanpa pengetahuan orang yang di doakan. Ini adalah kerana sebaik-baik doa untuk saudara kita adalah doa yang kita panjatkan tanpa sepengetahuan dirinya atau sebaliknya.
Besarnya pahala kita mendoakan saudara kita adalah sama pahalanya seperti orang yang di doakan. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata kepada putara Imam Syafii setelah Imam Syafii meninggal dunia, “Ayahmu termasuk tujuh orang yang aku doakan pada waktu sahur”.
Ketahuilah bahawa jika engkau mendoakan saudaramu sesame muslim, maka akan ada seorang malaikat yang berkata, “Dan engkau juga mendapatkan pahala yang sama.”
Ikhwah wa akhwat yang dirahmati Allah,
Hadith shohih ada menyebutkan,
“Bahawa ada seorang yang mengunjungi saudaranya di negeri lain. Lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk mengikuti orang tersebut. Ketika malaikat ini sudah bertemu dengannya ia berkata kepadanya, “Kemana engkau hendak pergi?” Ia menjawab, “Aku ingin mengunjungi saudaraku di negeri itu.” Malaikat bertanya lagi, “Apakah kerana engkau memiliki harta yang di urusolehnya?” Ia menjawab, “Tidak, tapi aku mencintainya tidak lain kerana Allah.” Malaikat itu berkata, “Ketahuilah bahwa sebenarnya aku ini adalah utusan Allah untuk menyampaikan kabar kepadamu bahwa Allah juga mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu.”
* Diriwayatkan oleh Muslim (2567) dari Abu Hurairah.
Maka di sini dapat di simpulkan bahawa mengunjungi saudara kerana Allah menjadi antara sebab bagaimana ukhuwah itu mampu terjalin dan di perkukuhkan. Ini termasuklah menziarahi saudara yang sakit atau uzur.
Sabda Rasulullah SAW,
“Barangsiapa mengunjungi orang yang sakit, maka ia senantiasa berada di kebun buah surga yang siap di petik sehingga ia pulang.”
* Diriwayatkan oleh Muslim(2568) dari Tsauban.
Tahukah kita ikhwah wa akhwat yang di rahmati Allah, akan menjalin silaturrahim adalah antara amalan yang paling agung yang akan menambah umur dan memberkahi hidup ini. Manakala tahukah juga kita akan amalan yang bisa mengeruhkan hidup, mengotori kecintaan dan mengeraskan hati dan menyia-nyiakan hidup adalah memutuskan silaturrahim?
Oleh itu ikhwah wa akhwat, sama-samalah kita menjaga silaturrahim yang terjalin. Tidak kiralah bagaimana rupanya atau apakah fikrahnya silaturrahim itu wajib di pelihara.
Dalam satu riwayat, seseorang datang menghadap Rasulullah SAW, seraya berkata “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya punya kerabat yang selalu aku hubungi, namun mereka memutuskan hubungan denganku. Aku selalu berbuat baik kepada mereka, namun mereka justeru berbuat buruk kepada terhadapku. Aku bersikap sabar terhadap mereka, namun mereka berbuat jahil terhadapku. Lalu apa yang mesti aku lakukan?”
Rasulullah menjawab, “Jika apa yang engkau katakan itu benar, maka seakan-akan engkau sedang memberi makan abu panas kepada mereka. Engkau akan selalu mendapat seorang penolong dari Allah selama engkau berbuat seperti itu.”
* Diriwayatkan oleh Muslim (2558) dari Abu Hurairah
Selain daripada itu antara elemen yang penting dalam ukhuwah islamiyyah adalah memberi maaf. Pentingnya memberi maaf ini adalah kerana dengan memberi maaf sesuatu ukhuwah itu mampu di perbaiki, malahan tidak keterlaluan jika di katakan memberi maaf mampu menjalin ukhuwah. Sebagaimana Ibnu Katsir dan ahli sejarah yang lain mengatakan bahwa Ibnu Zubair memiliki sebuah ladang di kota Madinah, sedangkan Mu’awiyah memiliki ladang juga di samping ladang milik Ibnu Zubair.
Para pegawai Mu’awiyah memasuki ladang Ibnu Zubair sehingga menyebabkannya marah dan menulis surat kepada Mu’awiyah dengan mengatakan, “Wahai Ibnu Akitilatil Akbad (anak pemagsa hati manusia)! Engkau mahu mencegah para pegawaimu dari memasuki ladangku, atau pilih berurusan denganku?!”
Mu’awiyah membaca surat itu, yang ternyata berisi amarah dari seorang rakyat biasa sedangkan ia adalah seorang raja. Ia berkata kepada putranya yaitu Yazid, “Bagaimana pendapatmu?”
Yazid menjawab, “Menurutku engkau kirimkan saja pasukan perang yang di pangkalnya berada di Madinah sedangkan hujungnya berada di sisi paduka, sehingga mereka akan membawanya ke hadapanmu!”
Mu’awiyah berkata, “Tidak! Aku justeru akan lebih mendekatkan hubungan tali silaturrahim dengannya!”
Akhirnya Mu’awiyah menulis surat kepada Ibnu Zubair, “dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Dari Mu’awiyah bin Abu Sufyan kepada putra dari pengikut setia Rasulullah SAW dan putra dari wanita pemilik dua ikat pinggang. Assalmualaikum wa rahmatullohi wa barakatuh. Amma ba’d. Demi Allah yang tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi kecuali Dia. Jika yang menjadi persoalan antara diriku denganmu adalah persoalan dunia, maka tentu sangat sepele bagiku. Maka jika suratku ini sudah sampai kepadamu,ambillah seua pekerjaku berikut ladangnya!”
Setelah membaca isi surat itu, Ibnu Zubair pun menangis hingga surat itu basah oleh air matanya. Ia pun berangkat ke Damaskus dan mencium kepala Mu’awiyah seraya berkata, “Sehingga Allah mengekalkanmu dengan kecerdasan akal yang engkau miliki, sebagai seorang Quroisy yang menduduki jabatan (kholifah) ini.”
Kita lihat bagaimana dari kisah tersebut, perbuatan memberi maaf itu dapat menjalin ukhuwah.
Firman Allah SWT,
“Orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (3:134)
Sesiapa saja mahu memaafkan tindakan kedzaliman yang di lakukan oleh seseorang terhadap dirinya, maka Allah akan mewariskan kepadanya kemuliaan dan keperkasaan di dunia dan di akhirat.
Oleh itu ikhwah wa akhwat, jaga dan peliharalah seta suburkanlah ikatan ukhuwah yang telah terbina. Jangan sesekali kita memutuskan tali silaturrahim yang telah terjalin. Dan yang paling utama, berkasihlah semata-mata kerana Allah SWT.

http://www.zikrulmaut.wordpress.com/
http://www.halaqahbyu.multiply.com/