BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 July 2010

:: Konspirasi World Cup 2010 ::

wmc

Salamua’laik,

Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.

Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.

Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.

Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.

Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.

Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)

Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..

[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]

Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.

Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.

Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!

[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]

Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api.

Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.

Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.




SUMBER : http://ibnuyaacob.com

23 July 2010

:: SAPE NK BERNIKAH?? ::

Alhamdulillah...akhir2 ni , ada sahabat2 yang sudahpun sampai "seru" bertanyakan berkenaan usaha membina Baitul Muslim seperti yang digariskan didalam islam dan ana ucapkan Tahniah kepada sahabat2 yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan fitrah yang mulia ini...sama-sama kita muhasabah dan kongsikan!

Dalam beberapa forum dan sesi perkongsian pengalaman tentang pembinaan rumahtangga, rasanya ini antara soalan-soalan yang sering diutarakan oleh golongan remaja dan belia. Sehinggakan dalam satu pengisian yang pernah saya sampaikan kepada pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah swasta di Shah Alam, soalan yang sama juga ditanya oleh pelajar tingkatan 1. Nampaknya isu mengenali pasangan menjadi kerunsingan golongan remaja hari ini.

Positifnya; kebimbangan ini akan membawa sifat berhati-hati ketika memilih pasangan. Perkahwinan adalah ikatan jangka panjang. Ia tidak seperti persahabatan biasa.

Negatifnya; ia akan membawa kepada sikap ‘mengada-ngada’ ketika memilih pasangan. Lebih teruk jika ia membawa kepada keluar bersama dan perhubungan lelaki wanita yang tidak syar’ie.

Mengenali pasangan sebelum meminang adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Islam agama fitrah. Keserasian pasangan perlu diambil kira sebelum mendirikan rumahtangga. Rasululllah s.a.w. menyuruh seorang lelaki yang menyatakan keinginannya untuk berkahwin dengan seorang wanita Ansar agar melihat mata pasangannya sebelum mengahwininya. “Lihatlah wajahnya. Sesungguhnya mata wanita Ansar ada sesuatu.”(Riwayat Muslim). Imam Nawawi berpendapat ini mungkin kerana mata wanita Ansar agak kecil jika dibandingkan dengan mata bangsa lain. Mungkin takut sahabat tersebut tidak ‘serasi’ dengan saiz mata yang kecil.

Jumhur ulama’ menggalakkan agar dilihat muka dan dua tapak tangan. Tetapi Imam Auza’ie meminta agar dilihat anggota badan yang berisi (dalam keadaan menutup aurat). Rasulullah s.a.w. juga menyuruh umatnya memilih pasangan yang boleh melahirkan zuriat. “Pilihlah yang
akan melahirkan anak.” (Riwayat Ibnu Majah). Banyaknya yang kena diperhatikan!

Tetapi ini semua tidak menghalalkan perhubungan yang ‘aktif’ di antara lelaki dan wanita semata-mata dengan alasan untuk mengenali sifat-sifat lahiriah, sifat-sifat dalaman dan sejarah keluarga bakal pasangannya. Syariat perlu dipelihara daripada awal, sebelum proses pertunangan lagi jika kita inginkan sebuah rumahtangga yang baik.

Mengenali pasangan sebelum melakukan pilihan tiada salahnya jika cara yang digunakan untuk perkenalan itu bertepatan dengan syara’. Kerana itu ada ulama’ yang berpendapat untuk melihat wajah dan dua tapak bakal pasangannya dia perlu mendapatkan keizinan dari empunya badan terlebih dahulu. Nampak macam kurang praktikal, tetapi beginilah seriusnya ulama’ silam di dalam mengamalkan syariat. Matlamat tidak sekali-kali akan menghalalkan cara.

Imam Nawawi mencadangkan suatu yang lain. Katanya: “Ulama’-ulama’ di dalam mazhab Imam Syafie berkata: Jika dia tidak boleh melihat, disunatkan agar dia mewakilkan seorang wanita lain yang dipercayai untuk melihat wanita tersebut dan menceritakan kembali kepadanya.” Persaksian dari ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudah mendirikan rumahtangga boleh dijadikan sebagai satu sumber. Ramai yang boleh menjadi wakil.

Nampak praktikal, tapi cara ini mungkin tidak diminati oleh ramai remaja dan belia. Apa pun, pilihlah cara yang bertepatan syariat. Jangan sekali-kali meniru Barat di dalam isu ini. Barat pergi terlalu jauh di dalam usaha mengenali bakal pasangan sehingga ke peringkat ‘test’ dulu sebelum berkahwin.

Syariat tidak akan sekali-kali membenarkan itu atau apa-apa juga yang seumpamanya.

WAALLAHUA3LAM

17 July 2010

:: KISAH CINTA ALI DAN FATIMAH ::


Ali Bin Abi talib waktu itu ingin melamar Fatimah, putri nabi Muhammad SAW. Tapi karena dia tidak mempunyai duit untuk membeli mahar, maka ia membatalkan niat itu. Ali segera berhijrah untuk bekerja dan mengumpulkan duit. Pada saat Ali sedang bekerja keras, ia mendengar khabar kalau Abu Bakar ternyata melamar Fatimah. Wah, bagaimana agaknya perasaan Ali, wanita yang sudah dia inginkan dilamar oleh seseorang yang ilmu agama nya lebih hebat dari dia. Tetapii Ali tetap bekerja dengan giat. Lalu setelah beberapa lama Ali mendengar kabar kalau lamaran Abu Bakar kepada Fatimah ditolak. Ali terpegun dan sedikit bergembira tentunya, kata Ali “waah, saya masih punya kesempatan ”. Setelah mendengar khabar itu, Ali bekerja lebih giat lagi agar cepat mengumpulkan duit dan segera melamar Fatimah. Tapi tak lama setelah itu, Ali mendengar khabar kalau Umar Bin Khatab melamar Fatimah. Wah, sekali lagi Ali mendahulukan orang lain, bagaimana perasaanya? Tapi tak berapa lama Ali mendengar kalau lamaran Umar bin Khatab ditolak. betapa senangnya Ali, mendengar kabar itu. Tapi tak lama kesenangan itu kembali pudar Karena terdengar khabar lagi, ternyata Usman bin Affan melamar Fatimah. ini sudah yang ketiga kalinya, kata Ali “mungkin kali ini diterima. Kalaulah Usmantidak melamar Fatimah secepat ini, InsyaAllah tidak lama lagi saya akan melamar Fatimah, tapi , apa hendak dikata , adakah mahu mengalah Dan sekali lagi, tidak berapa lama dari itu, khabar ditolaknya lamaran Usman bin Affan pun terdengar lagi, betapa bahagianya Ali. Semangat Ali untuk melamar Fatimah pun berkobar lagi, dan semangat itu didukung oleh sahabat2 Ali. Kata sahabat nya “pergilah Ali, lamar Fatimah sekarang, tunggu apa lagi?? kamu kan sudah bekerja keras selama ini, kamu juga sudah mengumpulkan harta dan cukup untuk membeli mahar. tunggu apa lagi??? Tunggu yang ke4 kalinya??? baik cepat!!!” Dengan segera Ali memeberanikan diri untuk menghadap ke Nabi Muhammad S.W.T dengan tujuan melamar Fatimah, dan sahabat2 u-jam nak tau??? LAMARANNYA DITERIMA!!! Oh rupanya : ternyata memang dari dulu Fatimah sudah mempunyai perasaan dengan Ali dan menunggu Ali untuk melamarnya. Begitu juga dengan Ali, dari dulu dia juga sudah mempunyai perasaan dengan Fatimah,. Tapi mereka berdua sabar menyembunyikan perasaan itu sampai saat nya tiba, sampai saatnya ijab Kabul disahkan . Wah..wah.. mereka hebat yaaa (harus kita contohi, sahabat-sahabat u-jam). Walaupun Ali sudah merasakan kekecewaan 3 kali mendahulukan orang lain, akhirnya kekecewaan itu terbayar juga. Yup, sekali lagi, kata-kata ini pasti akan muncul dalam benak sahabat2 >>> “Jodoh memang tidak kemana” , dari cerita itu, lebih memperjelas lagi kan bahwa “Cinta itu, mengambil kesempatan , atau mempersilakan yang lain” Cinta adalah hal fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang, namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut agar bukan Cinta yang mengendalikan Diri kita Tetapi Diri kita yang mengendalikan Cinta Mungkin cukup sulit menemukan teladan dalam hal tersebut disekitar kita saat ini Walaupun bukan tidak ada.. barangkali, kita saja yang tidak mengetahuinya Dan inilah kisah dari Khalifah ke-4, Suami dari Putri kesayangan Rasulullah tentang membingkai perasaan dan Bertanggung jawab akan perasaan tersebut “Bukan janj-janji” --------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dan ’Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan sahabat2nya tapi Nabi berkeras agar ia membayar bakinya Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti. ’Ali adalah gentleman sejati., “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!” Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fathimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu” -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali." Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya. Cerita ini adalah dikisahkan menurut penceritaan yang mudah untuk difahami,insyaAllah tegurlah ana jika ada sebarang fakta yang tidak benar... "Jika kamu memelihara dirimu daripada sesuatu perkara yang haram kerana allah diatas wanita kesukaanmu kerana banyak bersabar , insyaAllah hanya dengan izin Allah akan menghalalkannya kepada mu atas kesabaranmu kerana Allah"



WAALLAHUA3LAM

13 July 2010

:: Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar ::

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
__________________________

__________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.