BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

23 July 2010

:: SAPE NK BERNIKAH?? ::

Alhamdulillah...akhir2 ni , ada sahabat2 yang sudahpun sampai "seru" bertanyakan berkenaan usaha membina Baitul Muslim seperti yang digariskan didalam islam dan ana ucapkan Tahniah kepada sahabat2 yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan fitrah yang mulia ini...sama-sama kita muhasabah dan kongsikan!

Dalam beberapa forum dan sesi perkongsian pengalaman tentang pembinaan rumahtangga, rasanya ini antara soalan-soalan yang sering diutarakan oleh golongan remaja dan belia. Sehinggakan dalam satu pengisian yang pernah saya sampaikan kepada pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah swasta di Shah Alam, soalan yang sama juga ditanya oleh pelajar tingkatan 1. Nampaknya isu mengenali pasangan menjadi kerunsingan golongan remaja hari ini.

Positifnya; kebimbangan ini akan membawa sifat berhati-hati ketika memilih pasangan. Perkahwinan adalah ikatan jangka panjang. Ia tidak seperti persahabatan biasa.

Negatifnya; ia akan membawa kepada sikap ‘mengada-ngada’ ketika memilih pasangan. Lebih teruk jika ia membawa kepada keluar bersama dan perhubungan lelaki wanita yang tidak syar’ie.

Mengenali pasangan sebelum meminang adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Islam agama fitrah. Keserasian pasangan perlu diambil kira sebelum mendirikan rumahtangga. Rasululllah s.a.w. menyuruh seorang lelaki yang menyatakan keinginannya untuk berkahwin dengan seorang wanita Ansar agar melihat mata pasangannya sebelum mengahwininya. “Lihatlah wajahnya. Sesungguhnya mata wanita Ansar ada sesuatu.”(Riwayat Muslim). Imam Nawawi berpendapat ini mungkin kerana mata wanita Ansar agak kecil jika dibandingkan dengan mata bangsa lain. Mungkin takut sahabat tersebut tidak ‘serasi’ dengan saiz mata yang kecil.

Jumhur ulama’ menggalakkan agar dilihat muka dan dua tapak tangan. Tetapi Imam Auza’ie meminta agar dilihat anggota badan yang berisi (dalam keadaan menutup aurat). Rasulullah s.a.w. juga menyuruh umatnya memilih pasangan yang boleh melahirkan zuriat. “Pilihlah yang
akan melahirkan anak.” (Riwayat Ibnu Majah). Banyaknya yang kena diperhatikan!

Tetapi ini semua tidak menghalalkan perhubungan yang ‘aktif’ di antara lelaki dan wanita semata-mata dengan alasan untuk mengenali sifat-sifat lahiriah, sifat-sifat dalaman dan sejarah keluarga bakal pasangannya. Syariat perlu dipelihara daripada awal, sebelum proses pertunangan lagi jika kita inginkan sebuah rumahtangga yang baik.

Mengenali pasangan sebelum melakukan pilihan tiada salahnya jika cara yang digunakan untuk perkenalan itu bertepatan dengan syara’. Kerana itu ada ulama’ yang berpendapat untuk melihat wajah dan dua tapak bakal pasangannya dia perlu mendapatkan keizinan dari empunya badan terlebih dahulu. Nampak macam kurang praktikal, tetapi beginilah seriusnya ulama’ silam di dalam mengamalkan syariat. Matlamat tidak sekali-kali akan menghalalkan cara.

Imam Nawawi mencadangkan suatu yang lain. Katanya: “Ulama’-ulama’ di dalam mazhab Imam Syafie berkata: Jika dia tidak boleh melihat, disunatkan agar dia mewakilkan seorang wanita lain yang dipercayai untuk melihat wanita tersebut dan menceritakan kembali kepadanya.” Persaksian dari ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudah mendirikan rumahtangga boleh dijadikan sebagai satu sumber. Ramai yang boleh menjadi wakil.

Nampak praktikal, tapi cara ini mungkin tidak diminati oleh ramai remaja dan belia. Apa pun, pilihlah cara yang bertepatan syariat. Jangan sekali-kali meniru Barat di dalam isu ini. Barat pergi terlalu jauh di dalam usaha mengenali bakal pasangan sehingga ke peringkat ‘test’ dulu sebelum berkahwin.

Syariat tidak akan sekali-kali membenarkan itu atau apa-apa juga yang seumpamanya.

WAALLAHUA3LAM

0 comments: