BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

01 June 2009

..TaZkIrAh qAsIrOh hehe..

Sedikit tazkirah utk dikongsi dan dihayati bersama..mudah-mudahan kita sentiasa di bawah payung rahmatNYA..insyaAllah..
Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:
Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah,
dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak..
Ayyuhal mukminin..!!


Perjalanan ilmu itu adalah tiga jengkal.
Apabila seseorang memasuki jengkal yang pertama,
maka dia mudah menyombong diri.
Apabila dia memasuki jengkal yang kedua,
maka dia mudah merendah diri.
Apabila dia memasuki jengkal yang ketiga,
maka dia akan menghayati bahawa lautan ilmu ini sesungguhnya tidak bertepi.
– Ubahsuai dari pedoman cendekiawan silam

"Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Yusuf : 53)

Sabda Rasulullah SAW,
salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Imam Hasan Al Basri berpendapat,
awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.
Bahkan Rasulullah SAW menegaskan,
senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Renungkanlah..!!


Bila hati diserah kepada Allah,
Tiada resah tiada gelisah,
Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah,
Hilang rasa gundah hidup rasa indah...
Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa,
Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba...
Pergilah duka, Hapuslah kecewa..
Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba,
Di dunia ini dan di akhirat sana,
Dengan syarat Iman dan Taqwa,
Kukuh disemai dan tersemat di jiwa,
Amal soleh bukti setia,
Seorang hamba kepada Rabbnya..
Masihkah kau ingat..??


Antara wasiat Imam Hassan al-Banna:
• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia,
malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.
Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.
Ya shabab..!!

Dalam kita melangkah…
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,
Hingga kita terduduk dan menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
Dan renungilah dalam diri kerana…
Mungkin air mata tika itu hadir kerana…
Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak..
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,
Semoga tabah dan ditetapkan iman…
Biarlah kita keseorangan,
Tanpa berteman,
Biarlah malam,
Tanpa sinar rembulan,
Biarlah tidur,
Tanpa dihiasi mimpi indah,
Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi,
Tanpa sepotong ayat,
Ayat suci AL-QURAN..!!
WAALLAHUA'LAM

0 comments: