BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

10 December 2012

LAGU : Rindu setengah mati by Judika


Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana
Mengapa kita
Masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu bertemu saat
Kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang
Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu
Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana
Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang
Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu
Menunggumu
Menunggumu
Aku tetap menunggumu

02 September 2012

PAWANA MENYAPA

sekadar ingin berkongsi puisi dedikasi sahabat hati saya Gerimis Pagi..

jazakillah ukhti..
ana uhibbuki fillah <3


PAWANA MENYAPA



Tika renyai menerpa balek awan biru

Butir gerimis jatuh ke bumi

Sang mentari hilang gersangnya

Saat indah kita saling menyapa

Hanya pandangan purba kala

Akhirnya bermesra atas tikar jendela

Hati mula bergetar

Segetar kilat menyambung

Dalam bait hujung bicara

Ketuk tinta hatinya

Mahu pimpin tangan bersama

Hingga pintu jannahNYA

Detik jarak pisah sementara

Termetrai segala rindu

Mencengkam jiwa

Menampak cinta

Tiba suria terbit

Tercari bayang bersama

Dan hilal malu seketika

Mata melirik manja

Hingga terlena mati

terbawa mainan mimpi

Menerkam kotak minda

Sejenak tersentak

Tatkala senja melabuh tirai

Ufuk kian kelam

Persisiran sepi dari purnama

Kemana perginya pungguk

Kemana hilangnya puspita

Andai ombak patri janjinya

Alunan merdu

Siulan bersama

~tintadewangga~


20 July 2012

::KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SMK SERI SEPANG 2::










BISMILLAH


sambungan daripada entri yang lepas lepas..
mahu berkongsi gambar kenangan sepanjang program berlangsung..


cekidauuuuttt~~~































~sebahagian gambar yang sempat saya rakamkan..
Alhamdulillah program tamat dengan jayanya dan kami mengukir 1001 kenangan suka dan duka bersama adik adik di sana..



kami pulang membawa sebuah pengalaman ukhuwah..
ukhuwah yang manisnya tak tertanding..
ukhuwah yang nilainya tak ternilai dengan pandangan mata kasar..
ukhuwah yang bakal membawa ke syurga insyAllah..




"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"




pinta hamba ya Allah..

Kau peliharalah hati hati kami..

kuatkanlah ikatannnya..
terangilah jalan jalannya..


semoga kami bertemu dan berpisah keranaMU~~




MAKA..

benarlah..

UKHUWAH ITU INDAH jika semuanya disandarkan kepada DIA :)



tamat

..MASIH MAHU BERSUA..


BISMILLAH


ALLAH..
terasa sayu menantikannya..
mahu menangis..
berdebar..
teruja..
gembira..

diiringi gerimis pada petang yang mendamaikan..
seisi alam bagai bersorak riang..

ALLAH..
saya khuatir andai tidak ditemukan saya dengan dia lagi..
saya khuatir andai persiapan saya ini tidak cukup untuk menyambutnya..
saya khuatir jika kedatangannya jiwa saya masih leka..
saya khuatir jika saya masih bergelumang najis dosa saat dia menjengah..

tapi saya rindu!
rindu pada suasana malamnya dia..
rindu pada heningnya pagi dia..
rindu pada senjanya dia!

ALLAH..
temukanlah saya dengan dia..
sampaikanlah dia kepada saya..!

..masih mengira detik tibanya dia..hati saya bercampur sejuta rasa..
rasa sayu yang amat!
juga sebak teringatkan desa tercinta..
rindu yang mencengkam kepada sahabat-sahabat fillah..
ALLAH...sayu sungguh! T_T
kepada sahabat-sahabat dan semua yang mengenal NAIMAH MUSA,

"bisikku kepada tuhan yang SATU..Lindungilah sahabatku ini..
disetiap langkahnya..
disetiap hela nafasnya..
disetiap kelip matanya..
disetiap degup jantungnya..
banyak yang ingin ku pohon dan kuharapkan untuk dia..
tapi jika satu sahaja yang dimaqbulkan olehMU..
Lindungi IMAN dihatinya kerana dengan IMAN yang ada, sahabatku pasti selamat dunia dan akhiratnya.."
AMEEN






maaf dipinta andai diri saya ada mengguris rasa sepanjang perkenalan..
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
ayuh sama-sama kita jadi yang terbaik!


RAMADHAN KAREEM!




19 July 2012

TERLUKA! PEDIH! SEDIH!



masalahnya cuma satu..
mudah percaya mudah menyayangi akhirnya begini,
tinggal satu keyakinan cuma..
Allah maha mengetahui,
sebenarnya setiap manusia di sebalik cantiknya wajah, indah tutur kata, manis senyum, labuh hijab dan jubah, masih ada seketul daging yang bergelar hati yang rupa dan warnanya dalam pengetahuan Allah cuma...
kepura-puraan yang kau cipta untuk raih teman dan bahagia di dunia tidak akan membantumu di barzakh sana tika kau sebenarnya lebih memerlukan kasih tuhan dan belas teman kerana terhijab dek ketidakjujuran yg kau cipta ketika kau berpura-pura itu...


ALLAH leraikanlah semua ini,
sampaikanlah segala yang benar ke dalam hati-hati itu...
manusia tidak ada yang sempurna..
itu fitrahnya..
lalu kau menghukum pada kekurangan tanpa mahu membantu memperbaiki sedangkan ada hak dalam bersahabat yang perlu dipenuhi dan akan dituntut ilahi di kemudian hari.
Jawablah di sana..
Bersahabat berkasih dan berteman bukan untuk kepentingan dan keperluan tapi sebagai bekalan untuk bertemu tuhan!



"Ya Allah ampuni hamba, tanpa kasih dan ampunanMu hamba ini bukan siapa-siapa..ameen"


TAMAT
Sebuah dongeng.

18 July 2012

::KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SMK SERI SEPANG 1::

BISMILLAH..

hari ini saya teringin benar mahu berkongsi pengalaman sepanjang saya dan sahabat-sahabat mengendalikan kem..indeed!

Petang Isnin 9 Julai menerima panggilan daripada seorang sahabat..
katanya ada kem di sebuah sekolah dan perlukan khidmat fasi..

saya sebenarnya berkira-kira untuk tidak mahu terlibat dengan kem tersebut memandangkan status saya sebagai
"job hunter" atau lebih tepat lagi penganggur bertauliah(huhu) yang memerlukan saya ke sana ke mari menghadiri temuduga(semoga dimurahkan rezqi!).

saya takut sekiranya saya tidak memberikan sepenuh komitmen saya terhadap kem tersebut dan juga kepada adik-adik yang menyertai khususnya.

Lebih berat, apabila saya diamanahkan untuk mencari fasi muslimat memandangkan kami kekurangan fasi. Allah!
terasa sempit fikiran saya. Mahu mencari 8 fasi muslimat dalam masa dua hari sedangkan hanya tinggal saya sahaja di Nilai (kawan-kawan dah balik negeri masing-masing).

ALLAH...saya hanya mampu berdoa dan berusaha sebaik mungkin!
satu persatu nombor didail..berharap ada yang sudi menolong dan memudahkan urusan saya ketika itu..hasbunallah~~

BENAR.Allah Maha berkuasa atas sesuatu..
daripada sedekat-dekat kenalan sehinggalah sejauh-jauh kenalan(ada yang baru saya kenal juga) Allah kirimkan mereka untuk sama-sama membantu dan melancarkan gerak kerja kem tersebut. Alhamdulillah..sujud syukur!

Uniknya pertemuan pertama kami semua sepertinya telah lama kenal. Tiada rasa canggung.
seperti sebuah keluarga besar yang berkumpul. Masing-masing melemparkan senyum ikhlas.
mahu bersama-sama memadu tenaga untuk kem tersebut.
Allah..Dia permudahkan urusan saya dan kami semua!
Allah..bagai mahu menangis!




mereka yang dari jauh..



keluarga besar kami..




insan yang baru saya kenal
tapi rapatnya bagai telah lama bersama..




mal yang comel dan noty..baru kenal jugak :)



buah hati yang banyak membantu :)




zakiah, linda dan umi..




ALLAH..!
saya gembira adanya mereka..
saya bersyukur yang dengan mereka maka gerak kerja kami berjalan lancar..
tiada kata selain ucapan syukur padaMu Allah... T_T

maka untuk kesekian kalinya saya lontarkan "maka nikmat tuhanmu yang mana lagi yang hendak engkau dustakan?"



TERIMA KASIH ALLAH!


~Bersambung..... :)



17 July 2012

Penyair senja kembali :)

Bismillah..

pertama-tama kalinya saya membiarkan jemari berdansa riang untuk menulis entri ini..pertama untuk tahun 2012!!

Alhamdulillah..setelah sekian lama mengabaikan perasaan "mahu berbelog dan menulis", saya akhirnya akur pada perasaan itu.

Jemari pinta berdansa..hati mahu menukilkan apa yang terbuku di sudut yang paling jauh dan dalam..

Dalam kekalutan itu, hati kecil ini mudah tergerak untuk berkongsi rasa..
Puisi-puisi hati saya biar berlagu kecil di sana..

Dan saya tekad untuk kembali berpuitis! (oh.ayat ini agak melampau:P)


Sekian dahulu entri pembukaan kali ini..:)

~dan puisi pun berlabuh pada senja itu~