BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

18 July 2012

::KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SMK SERI SEPANG 1::

BISMILLAH..

hari ini saya teringin benar mahu berkongsi pengalaman sepanjang saya dan sahabat-sahabat mengendalikan kem..indeed!

Petang Isnin 9 Julai menerima panggilan daripada seorang sahabat..
katanya ada kem di sebuah sekolah dan perlukan khidmat fasi..

saya sebenarnya berkira-kira untuk tidak mahu terlibat dengan kem tersebut memandangkan status saya sebagai
"job hunter" atau lebih tepat lagi penganggur bertauliah(huhu) yang memerlukan saya ke sana ke mari menghadiri temuduga(semoga dimurahkan rezqi!).

saya takut sekiranya saya tidak memberikan sepenuh komitmen saya terhadap kem tersebut dan juga kepada adik-adik yang menyertai khususnya.

Lebih berat, apabila saya diamanahkan untuk mencari fasi muslimat memandangkan kami kekurangan fasi. Allah!
terasa sempit fikiran saya. Mahu mencari 8 fasi muslimat dalam masa dua hari sedangkan hanya tinggal saya sahaja di Nilai (kawan-kawan dah balik negeri masing-masing).

ALLAH...saya hanya mampu berdoa dan berusaha sebaik mungkin!
satu persatu nombor didail..berharap ada yang sudi menolong dan memudahkan urusan saya ketika itu..hasbunallah~~

BENAR.Allah Maha berkuasa atas sesuatu..
daripada sedekat-dekat kenalan sehinggalah sejauh-jauh kenalan(ada yang baru saya kenal juga) Allah kirimkan mereka untuk sama-sama membantu dan melancarkan gerak kerja kem tersebut. Alhamdulillah..sujud syukur!

Uniknya pertemuan pertama kami semua sepertinya telah lama kenal. Tiada rasa canggung.
seperti sebuah keluarga besar yang berkumpul. Masing-masing melemparkan senyum ikhlas.
mahu bersama-sama memadu tenaga untuk kem tersebut.
Allah..Dia permudahkan urusan saya dan kami semua!
Allah..bagai mahu menangis!




mereka yang dari jauh..



keluarga besar kami..




insan yang baru saya kenal
tapi rapatnya bagai telah lama bersama..




mal yang comel dan noty..baru kenal jugak :)



buah hati yang banyak membantu :)




zakiah, linda dan umi..




ALLAH..!
saya gembira adanya mereka..
saya bersyukur yang dengan mereka maka gerak kerja kami berjalan lancar..
tiada kata selain ucapan syukur padaMu Allah... T_T

maka untuk kesekian kalinya saya lontarkan "maka nikmat tuhanmu yang mana lagi yang hendak engkau dustakan?"



TERIMA KASIH ALLAH!


~Bersambung..... :)



0 comments: