BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

24 February 2010

::4 da rest of my life::

adoyaiii...skg ngh feeling ngn lagu neh plak..ya yg sdg berkumandang nii..ngee~~
beesss..lg ap lg?...hehe...secukup rasa la...luv u maher..!!=p


for the rest of my life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart

I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO....
And theres a couple words I want to say

chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you....loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah

Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO....
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart..


::BIARKAN CINTAMU BERKATA TIDAK!::

saya tertarik dgn bicara cinta hasil tulisan ust Pahrol Mohamad Juoi..kata2 yg d olah mnjadi sgt menarik..1 perkongsian yg amat bernilai..sama2 kita renungkan...


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita…. Apakah pernah cinta kita berkata, “tidak”? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin “toleransi” dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, sisuami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat… Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian… Itu pun masih didiamkan oleh sisuami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang…

Kekadang solat nya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu “ringkas” pula… Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan mengerjakan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi “jeran” dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang…

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “:semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya… si isteri melihat dari dekat.

Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi…dan bercintalah kita kerana Allah.

Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat sibapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya “menghumban” anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu “sporting” berkata, “Biarlah… muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!”

Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itru akan kekal sampai bila-bila…


waAllahua3lam


http://genta-rasa.com/2010/02/19/biarkan-cintamu-berkata-tidak/

::benci yg bertukar..::

“Saya pernah sangat membenci ustaz” kata seorang anak muda.

“Sekarang bagaimana?” saya bertanya.

“Insya Allah tidak lagi” jawabnya.

“Alhamdulillah. Maafkan ustaz atas sebab-sebab yang pernah menyebabkan anta begitu membenci ustaz” saya memberi tumpuan kepada perbualan.

“Tak mengapa. Ustaz tidak bersalah” ujarnya pula.

“Boleh ustaz tahu kenapa ketika itu anta begitu membenci ustaz?” saya ingin belajar sesuatu.

“Kekasih saya mengambil tindakan memutuskan perhubungan kami kerana membaca buku ustaz” jawab beliau.

Saya terdiam.

“Ini bukan kejadian pertama. Sudah beberapa kali berlaku. Malah ada juga suami yang menghubungi ustaz, mengeluh kerana buku ustaz telah menyusahkan hidupnya. Tetapi itu tidak pernah menjadi niat ustaz. Tidak pernah dalam hidup, terfikir untuk menyusahkan sesiapa atau memporak perandakan hidup orang lain” saya memberikan penjelasan.

Sedikit kesal.

“Saya faham ustaz. Malah saya tahu yang ustaz tidak pernah bermaksud begitu. Ustaz hanya melontarkan bahan untuk berfikir. Tindakannya, terserah kepada pembaca,” ujar beliau.

Benar.

Jarang sekali tulisan saya bertindak untuk membuat keputusan bagi pihak orang lain. Biar pun ada sesetengah perkara itu halal dan haramnya sudah jelas, tetapi mengambil ruang untuk mengajak manusia berfikir, adalah lebih dekat dengan semangat al-Quran. Apatah lagi mahu mempertimbangkan soal cinta dan perasaan dengan keputusan. Bimbang halal dan haram tidak diberi penghormatan hanya kerana manusia dan mindanya belum cukup dirangsang untuk menerima.

Bagi yang masih solo, andai mahu berjinak-jinak mencari teman, saya sediakan banyak buah fikiran untuk pertimbangan. Fikir dahulu masak-masak, renungkan kesan buruk dan kesan baiknya, pertimbangkan dahulu jalan pendek dan jalan panjangnya. Jika fikiran sudah cukup menghadam realiti, mustahil diri mampu untuk mengambil risiko andai api lilin sudah cukup pedih untuk disentuh.

Bagi yang sudah berada di tengah jalan, sama ada mahu meneruskan perhubungan atau menamatkannya separuh jalan, biarlah keputusan itu hasil pertimbangan akal fikiran. Kalau teruskan, jangan lupa pada batasan. Jangan sampai tiada masa jangkaan, Jangan sampai tidak jejak ke alam pernikahan. Namun jika diri tidak bersedia untuk dibebankan oleh hijab yang wajib membataskan hubungan, langsaikan hubungan hasil persefahaman. Jangan kawan menjadi lawan, jangan maaruf yang dikejar melahirkan mungkar yang lebih besar.

Sebagai da’ie, saya tidak di posisi menghukum.

Sebaliknya mengajak mad’u berfikir, agar sebelum hukum menghukum, jiwa sudah bersedia untuk mempositifkannya.

“Tetapi mungkin apa yang berlaku ini, adalah cara Allah menunjukkan kasih sayang-Nya kepada kita. Kepada anta” saya menyambung kata.

“Kenapa?” tanya beliau.

“Apabila anta datang berjumpa dengan ustaz, jujur menyuarakan dendam anta kepada ustaz, sedia memaafkan malah sedia pula meminta maaf, itu sudah cukup besar untuk ustaz dan ustaz menghargainya. Tetapi dengan putusnya hubungan antara anta dan dia, Allah seperti mahu membebaskan anta daripada terus bercinta dengan seorang perempuan yang tidak yakin bahawa suatu hari nanti anta mampu berubah. Dia mungkin beruntung, tetapi anta pasti tidak rugi” saya cuba mencari sisi cerah daripada apa yang telah berlaku.

Andai jihad dan peperangan itu pun, menyimpan rahsia kebaikan yang terselindung oleh sangkaan manusia pada bencinya, apatah lagi ketika jihad peribadi pada melepaskan kehendak nafsu dan diri.

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [al-Baqarah 2: 216]

Ya Allah, pada keluhuran jiwa anak muda itu menerima ketentuan-Mu, menghapuskan dendam lagi memaafkan dirinya dan diriku, aku dengan penuh rasa kehambaan pada jiwa yang berhajatkan-Mu, memohon kepada-Mu untuk memelihara hati anak muda itu dan rakan-rakannya, menjadikan mereka benci kepada kekufuran, kefasiqan dan maksiat, serta mengasihi iman dan kebaikan. Hadiahkanlah kepadanya pasangan hidup yang mulia lagi bertaqwa demi berpanjangannya kebaikan buat beliau, dan kami semua, ameen.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

21 February 2010

::ujian- -> tanda ALLAH syg kita kn?..::







ujian adalah tarbiah dr ALLAH...
dan skg sy jua sdg d uji olehNYA..apakah sy kuat utk mnmpuhnya ataupon sy hanya lemah tanpa kata..kdg2 sy kuat, tp kdg2 jgk sy sgt lemah nk hadapinya..sy xtaw harus g mn lg..demam sy yg maseh bersisa kembali menyerang pg ne..suara sy serak dan sy tingat kt ummi dan walid d kg saat ni..berita mengejut yg d smpikan kakak sy yg tersayang smlm amat meluluhkan aty..sapa sgka akn jd begitu?..menitis lg air mata ini..ssh utk sy menerima tp itulah hakikatnya..rata2 shbt sy memberi smngt yg xputus2..tp aty sy maseh berbekas..betaPa hancurnya aty ini hanya DIA Yg taw..awal2 dlu sy cuba xamik pusing..tp lma2 da semakin melampau..smp menyerang ibu sniri?? ini suda lbey..sy xbole biarkan lg..sy xksah kalo sy d sakiti tp kalo smp ummi sy menitiskan air mata, sy suda xbole bertahan lg..tp sy xtaw nk wat cemana..huhu..rasa mcm nk tembak ja insan2 jahanam tu..dushh3..baru puas aty sy..huu..nape ad gak org jht dan bengong cmtuuh?..adoyaaiii....sy buntu...sgt99..mohon shbt2 bg sokongan utk sy..T_T


"wahai anak..kamu mungkin lebih bijak dari kami tetapi kamu xmungkin dpt mengatasi kasih syg seorg ibu dan bapa. kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak tetapi kami mengasihimu sebelum kamu lahir!"
~saifulislam~


waALLAHua3lam

12 February 2010

salam3alaik..sy sdg berada dlm bas tika dan saat ne.hee,bas ne janji kul 9 td,tp last2 kul 10 lbey gk smp.aiyaak..p0nat eden tgu..da la 2 b0san gler dlm bas neh,tv pn xbkak..h0yaa..mati kutu la sy,.mcd,ira n teah plak dlm bas yg len..mmg sgt2 b0san huhu..7jam dlm bas agak meletihkn tulang sy,huhu,.tp alhmdllah ad amalina dsblah sy hehe syukur.0k la,nk gebang ngn amalina sat..skg da kt hgway..tiinkk..papai.wassalam

11 February 2010

::jom rilex2 senaman kit::

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

::bercutiii::





salam3alaik...
d sini sy mengmbil peluang mengucapkan slmt bercuti midsem wat shbt2 suma...
ngee...ketika mana post ini d tulis, sy tlh pon siap berkemas utk meneruskan perjalanan selama 7 jam ke alor star...tiiinnnkk...hee...doakan perjalanan sy slmt pergi dan pulang...aamiin
dan....selama itu jgk sy akan bercuti dr blogging(mcm xley blah ayat neh haha) sbb nk abeskan esemen sy yg belunggok2 nuu...huhu..doakan moga dpermudahkan urusan sy dunia akhirat naa..
ok..sy pon mls nk membebel lg da...lastly nk ucapkan jugak...


GONG XI FA CHAI=P


WAALLAHUA3LAM

10 February 2010

::teringat,teringat dan teringatttttt::

budak2 yg lahir pd thn 8/90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.

salesman susu pon camtu gak.


- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.


- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.


- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.


- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.


- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.


- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.


- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.


- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.

Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.


- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.


jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~

insyaALLAH




WAALLAHUA3LAM

::BUAT Guru2 ku- ->> syukran jazilan..!!::

09 February 2010

::sanah helwah abg chaq n eda::


hepi bsday 2 u....
hoho...
slmt2 dan slmt wat abgku dan jugak kwn bek ak...





abg chaq=p





eda=p



Tiiiinnnkkkk...tanggal 10hb 2 maka genaplah 28 thn umoq abg chaq ak...n 21 thn shbt ak eda...
moganya dgn ptmbhn usia ini akan lbey mematangkn diri kalian..jua moga rahmatNYA sentiasa melimpahi kalian..
aamiin

08 February 2010

:: Kalau benar cintakan ALLAH::

Bismillahirrahmanirrahiim..salam3alaik..



Sebutlah nama ALLAH sebanyak2nya..ALLAH berfirman dlm surah alFath ayat 9 yg bermaksud, "supaya kamu semua beriman kpd ALLAH dan rasulNYA, menguatkan agamaNYA, membesarkanNYA dan bertasbihlah kpdNYA pd waktu pg dan petang."
bertasbih di sini bermaksud kita berzikir dgn kuantiti dan kualiti yg tinggi. zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan semuanya menjurus kpd membesarkan ALLAH dan segala yg lain kecil belaka.
lidah menyebut kalimah ALLAH, lalu hati merasakan kebesaran dan keagunganNYA dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dgn hukum hakamNYA. itulah zikir yg hakiki. kesannya sepadu. ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.
namuna apabila ALLAH dilupakan, umat akan kurang menyebut namaNYA lg. ketika itu hati2 lalai drpd merasakan kebesaran dan keagunganNYA. Akibatnya hukum hakam diabaikan dlm tindakan dan perbuatan. apabila ini terjadi jgn tangisi apabila ALLAH lupakan kita.
ALLAH hanya mnjd pembela kpd org yg bertakwa. org yg bertakwa adalah org yg buk mengingatiNYA; dgn lidah, hati, dan perbuatan. menjadi seorang Muslim shj(bkn Muttaqin), tidak melayakkan kita mndpt jaminan bantuan drpdNYA. Siapakah kita, Muttaqin atau hanya Muslim??
Muslim, lebih2 lg Muslim yg fasiq, kurg berzikir malah ada yg tidak berzikir langsung. apakah ALLAH akan mengingati kita jika kita melupakanNYA? lalu terbiarlah kita dihina, dizalimi dan dperkotak katikkan oleh musuh tanpa mendapat pembelaan.
BIMBANG DOSA
Sayidina Umar ra pernah mengingatkan, bhwa dia lebih bimbangkan dosa2 yg dlakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. dosa2 akan menghalang drpd datangnya bantuan ALLAH kpd kita. lupa zikir kpdNYA. justeru, utk mndpt kekuatan, elakkan dosa. dan utk elakkan dosa, sentiasalah mengingati ALLAH.
WHEN ALLAH IS YOUR FRIEND, WHO IS YOUR ENEMY??
apabila ALLAH akrab dgn kita, siapakah yg berani memusuhi kita?? king Richard yg berhati singa itupun tunduk kpd Sultan Salahuddin Al-Ayubi. mengapa? apakah hanya krn kekuatan Salahuddin?? tidak, ttpi krn akhlak dan keperibadiannya yg dtempa dgn zikrullah. hasilnya, sifat pemaaf, ksh syg dan prihatinnya tidak terbatas. merentas sempadan bangsa, negara dan agama.
musuh tidak terlalu laju, ttpi org islam yg terlalu perlahan. kita seharusnya ke dpn dgn cinta dan ksh syg. dgn cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dgn pnuh hemah dan hikmah tanpa dbauri oleh kebencian dan prasangka.
kalau benar cintakan ALLAH, CINTAILAH DIRI DAN UMAT ini dhn byk mengingatiNYA. Bgn seawal subuh, bersih dan sucikan diri lalu solatlah utk mengingatiNYA. Kemudian bertebaranlah d muka bumi utk mncari rezeki yg halal .
kalau benar cintakan ALLAH... ingatlah, "cinta itu bkn hnya kata2, love is a verb (cinta itu tindakan)." bangkitlah dgn kecintaan bkn dgn kebencian. jgn marahkan org yg xcinta... jika kita sendiri xmencintai.
marahkan diri kita dahulu, sblm marahkan mereka. tidak malukah kita kpd ALLAH, justeru jika demikian... bererti cinta kita hnya kata2? hnya pura2??..




WAALLAHUA3LAM
sumber: solusi.

06 February 2010

:: oh Falak syarie::

salam...alhmdulillah maseh dberi nikmat iman dan islam pd arini..jua maseh berkesempatan menghirup udara segar..syukur..=)
kali ini sy nk kongsi cite pasal falak..=p
adooooiii...sbut pasal falak ni tetiba otak sy jd pusing..huhu...maseh xdpt menerima sepenuhnya lg..alkisahnya utk elektif sy dpt madah falak syarie yg mn adalah pilihan sy yg ke....xingt..tp bkn 1st choice la..huhu...yg sy nk sains pemakanan...tp xdpt..ad hikmah ler tuu kn?..huhu syukur gak dpt falak ni dr dpt banking yg langsung sy xminat kecuali duit..ngahaha sengal..=p
ok berbalik pd falak..minggu pertama kuliah ni amat2 memeningkan otak dan mata sy...(tulisan kcik sgt smp pening mata sy=(..) sungguh2 sy xdpt nk time ap yg d ajaq 2...sy cuma salin note mcm robot tp xbp phm huhu...mulanya bljq takrif..sy ok lg...syok lg..pastu bljq tengok buruj...pon ok lg...alih2 kt putaran bumi 2 sy stuck..ngahaha...pening sgt da time 2...mklum la lama tgl math...haha...sy xtaw nk watpa la time tuuh...abeh 40 bijik(hiperbola..huhu) cekelat sy mkn tp still gak xbole nk time...smp sengguk2 gak ngntuk...haha(kuliah 2 kul 7-9pm) last2 sy pon g solat...sj sy berlama2 kt surau tuu...nk carik ketenangan..ahaks..bl da solat rasa tenang..msk kuliah balik..huuuuh...cerah donia sy time tuuh..sbb ms sy msk tuu ngh blajq cara penentuan arah qiblat...uikss...sy minat...terus xpening lg..hahaha...tp mai nk kira kordinat pening balik...hak3...cm2 la sy sepanjang kuliah falak arituu...xdpt nk bg tumpuan sepenuhnya..huhu sepbek la miss paham akan diriku ini..tanak push manyak2...beliau lps kitorg balik awal arituuhh...yeeaayy...!!




- - >> nnt sy smbung lg pasal falak niihh...pening lak tulis entry neh ngahaha=p



WAALLAHUA3LAM

05 February 2010

::bila TUHAN xditakuti = bertuhankan nafsu..!!::

Pertama2nya sy mohon maaf andai post kali ni agak keterlaluan utk d pamerkan..sy jugak xsanggup nk tengok pd awalnya...tp sy rasa, sy perlu berkongsi dgn shbt2 semua..dan moganya kita semua tidak termasuk insan seperti ini yg bertuhankan nafsu..bila mn manusia menjadi lbey hina dari binatang..

wal3iyazubillah...




Inikah yang kita harapkan pada saudara perempuan kita? Rosak akhlak/mati jiwanya?

Apa dah jadi?...

Salah siapa?

ibu sudah tidak sayangkan anak?

Inilah natijahnya apabila manusia bertuhankan nafsu..

Inikah arah tuju yang anda semua mahukan...

Apabila nafsu bermaharajalela..lelaki rosak dan merosakkan.....Apabila perempuan2 rosak...dunia hancur !!!!. Jadilah manusia.. lelaki dan perempuan sudah lebih hina daripada binatang...










Apabila perempuan2 rosak...dunia hancur !!!!.





"ya ALLAH..Lindungilah diri kami..tetapkanlah iman kami..moga kami sentiasa istiqamah d jalanMU...bkn d jalan syaitan laknatullah...

ya ALLAH..moga zuriat kami kelak akan tetap menjadi penyambung dan penegak agamaMU d muka bumi ini kelak.."


AAMIIN



WAALLAHUA3LAM

::tnpa tjuk....!!::

issshhh33333....pehal ntah nk update pon prob....aiyaaaaa....geram niiihh...!!!

04 February 2010

::quran baru saya..::


Skesayangankuu..
=)



SALAM..


alhamdulillah stlh lama sy kehilangannya kerana kecuaian sy sndri, akhirnya terganti gak ngn yg

baru..alhmdulillah...sbnrnya da byk kali terrhilangkannya huhu...ini kali yg ke berapa ntah sy

beli yg baru..huhu..mmg sgt99 sdey (tingat huda dlu pnah gak hlg quran neh..ngee)..alkisahnya

tiap ari sy akan membawanya menemani sy xkiralah ke mana sy melangkah, ia tetap setia d cc

sy..(kecuali toilet la..huhu) dan nk d jadikan cerita, ms tuu bln posa...usai sy menghabiskan juz yg

ke....(xingat huu..ms 2 dlm bas nk balik kg) sy pon letakla kt poket seat dpn sy 2..bajetnya nnt bl

nk turun nk amik la...whoaa..ku sangkakan ingatan ku kuat rupanya lupa gak..huhu...sy pon

turun ngn slmbernya..x tpkiaq lgsg pasai 2..then sy tgok henpon dpt call dr shbt sy

mcd,"naem....ak ttgl quran dlm bas...wuwuwuu"..agak sdey suaranya dhujung talian..sy pon

kononnnya nk bg peringatanla...,"2laa len kali b4 turun tgok bg abes luu.."(ngahaha..bajet sy da

amik sume brg sy..) syok2 tgu kakak sy menjemput, sy pon berkira2 nk bacala 2 3 muka

memandangkan waktu berbuka agak lama lg..then carik punya carik., tengok2 xdak

pon...wuaaaaa...sadis yg amat...patah semangat suma ada..huhu..lemah diriku kala itu..teringat

kt mcd(td pandai ja nasihat org huhu) then kakak sy pon smp dan dlihatnya kemonyokan muka

sy 2 yg bole d ibaratkan mcm cuka yg kemasaman..huhu..sy diam seribu bahasa walopon km

berbuka d luar arituuh..huhu sdey ooo....dan spjg perjalanan balik tuu sepatah d tanya sepatah

jua yg sy jwb...huhu(bajet ngh kuciwa la 2..ngahaha)
kt umah plak dpt msg dr shbt sy una..ms 2 mmg mls sguh nk sentuh henpon..tadak perasaan

huhu..una pon pujukla memcm ngn sy..(mula2 bajet xmkn pujuk..haha) last2 ok la gak..pastu

dpendekkan ceta skg sy da ad QURAN baru...hee...sm gak cam dulu..kaler hitam..tp terbitan

lain..kalo dlu sy ada syaamil quran tp skg sy ad darul iman..alhmdulillah...syukur...=)





::ces2...ape daa..::


SALAM...

post kali ni sekadar nk ajak korang berpikir..da abes bc t mst korang akn kate, hmm btul gak..ngahaha...ok jom2...



Kalau perempuan cantik pendiam

lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!



ngahaha...apa yg ada kt pikiran anda skg?..adakah sm sperti sy?..ngeee~~


WAALLAHUA3LAM