BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

30 June 2009

::PERINGATAN::

Salam jiwa yg kedamaian...Entry kali ne ak sekadar ingin berkongsi kandungan emel y ak dpt 2 3 ari lpas..semoga kita dpt manfaat darinya..INSYAALLAH..BARAKALLAHUFIINA..
-->>Petikan kata-kata dan nasihat daripada Syeikh Muhammad Tamim bin Mustofa Az-Zu’by.

1-Penghafal al-Quran perlulah sentiasa mengamalkan dan berakhlak dengan Quran.
Sebagaimana hadis Aisyah ketika ditanya bagaimana akhlak Rasulullah saw dan beliau menjawab “sesungguhnya akhlak Rasulullah ialah Al-Quran”.

2-Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah swt agar dipermudahkan segala urusan sama ada dalam pelajaran atau kerja seharian.

3-Nukilan daripada kata-kata Imam Al-Ghazali: “Penghafal Quran perlu menghiasi dirinya dengan 3 perkara:
1-Menjaga lidah dan membaca Al-Quran dengan sebutan yang baik.
2-Bersihkan fikiran.
3-Meneliti serta memahami makna dan mentadabbur al-Quran.

4-Nukilan daripada nasihat Imam Syafi’e kepada para penuntut ilmu:

1-(اجتهاد) bersungguh-sungguh
2-(ذكاء) cerdik.
3-(بلغة) kelengkapan.
4-(صحبة استاذ) melazimi ustaz.
5-(طول الزمان) tempoh masa yang lama.

5-Cerdik itu terbahagi kepada dua bahagian pertama (موهبة) iaitu pemberian daripada Allah swt.Dan yang kedua (مكتسب) iaitu dilatih dan dibina daripada usaha.

6-Penuntut ilmu perlulah mempunyai kelengkapan dari segi jiwa dan harta.

7-Penuntut ilmu perlulah sentiasa menghormati dan menyanjungi para guru,sentiasa bersabar jika guru terkasar bahasa atau tersilap serta sabar terhadap aib yang terdapat pada guru.
Ibnu Jazari pernah berdoa,
“Ya Allah,jadikanlah keaiban dan kecacatan guru kami tertutup daripada pandangan kami agar kami tidak terhalang daripada keberkatan yang lahir daripada mereka”.

8-Untuk menjadi alim atau pakar dalam sesuatu ilmu perlulah mempelajarinya dalam tempoh masa yang lama.
Syeikh telah mengambil contoh daripada kisah-kisah ulamak terdahulu dalam kisah perjalanan mereka dalam menuntut imu.
Pertama kisah Imam Qalun yang merupakan alim dalam ilmu qiraat.
Beliau membaca dan mempelajari al-Quran selama 20 tahun dengan gurunya Imam Nafi’ dan barulah dibenarkan untuk mengajarkannya kepada orang lain.
Kedua Abdullah bin Wahab.Beliau telah belajar dengan Imam Malik selama 40 tahun.
2o tahun mempelajari ilmu adab dan 20 tahun mempelajari ilmu-ilmu lain.
Dan beliau berkata:
“alangkah baiknya kalau 40 tahun itu aku habiskan untuk mempelajari adab sahaja”.
Ini menunjukkan betapa pentingnya adab dalam proses menuntut ilmu.
Tidak kira adab dengan guru,sahabat dan orang sekeliling.
::WAALLAHUA'LAM::

0 comments: